Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai Pengajian Islam dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran sekolah ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ulama' Islam yang hebat di masa akan datang.
OBJEKTIF
⇒ Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama’ silam
⇒ Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam.
⇒ Membentuk pelajar akhlak yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil
⇒ Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
⇒ Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar dengan al Quran dan Sunnah
⇒ Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuan Islam yang profesional dan berwawasan.
Tawaran Kemasukkan bagi tahun 2010
Terbuka kepada tingkatan 1,2 dan 5
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Tingkatan 1, 2 (I’dadi)
♦ Mahir membaca al Quran dan menulis jawi
♦ Sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR
♦ Berminat menghafaz al Quran dan mendalami Pengajian Islam
♦ Berminat menghafaz dan mendalami Hadith
KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR YANG SUDAH MENGHAFAZ JUZ' `AMMA
Tingkatan 5 (Thanawi 2)
♦ Mahir membaca al Quran dan menulis jawi
♦ Mempunyai asas Bahasa Arab peringkat menengah rendah
♦ Berminat menghafaz al Quran dan mendalami Pengajian Islam
♦ Berminat menghafaz dan mendalami Hadith
Tingkatan 6 (Thanawi 3 / STAM)
♦ Menduduki SPM termasuk lulus subjek Bahasa Arab Tinggi
♦ Mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab
♦ Berminat menghafaz al Quran dan mendalami Pengajian Islam
♦ Berminat menghafaz dan mendalami Hadith